
Welcome to YG Spa Reflexology Therapy
YG SPA REFLEXOLOGY THERAPY adalah sebuah perniagaan Spa Urutan dan Terapi yang ditubuhkan pada April 2023 dan didaftarkan di bawah Badan Berkanun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta di bawah Akta Syarikat 2016. Perniagaan ini ditempatkan di Bandar Changloon, Kedah dan sedang aktif pada masa kini. YG SPA REFLEXOLOGY THERAPY menjalankan perkhidmatan spa urutan refleksiologi sebagai teras perniagaan. Refleksiologi telinga yang dimaksudkan ialah kami menggunakan teknik-teknik urutan terapi yang memfokuskan pada titik-titik tertentu di bahagian kaki, tangan atau. Hal ini kerana dipercayai bahawa ketiga-tiga bahagian mempunyai hubungan berkait dengan organ-organ atau sistem tubuh kita terutamanya bahagian kaki.
About Us
YG SPA REFLEXOLOGY THERAPY memilih menjalankan perkhidmatan Spa Urutan Refleksiologi di mana urutan tersebut akan berlaku pada titik-titik tertentu di tubuh badan terutamanya tiga bahagia iaitu kaki, tangan dan telinga. Kami lebih mengutamakan ketiga-tiga bahagian ini kerana banyak bersangkut atau berkait dengan anggota tubuh badan kita yang lain. Hal ini bertujuan untuk memulihkan dan kesihatan tubuh badan pelanggan secara menyeluruh. Dengan menggunakan beberapa teknik asas seperti teknik pijatan, teknik menekan dan teknik memutar pada bahagian-bahagian tersebut, akan membantu proses pengeluaran angin dalam badan, meningkatkan aliran darah atau oksigen ke organ atau saraf tubuh badan. Malah dapat membantu mengurangkan kesakitan dan kesakitan pada otot. Oleh itu, kami menawarkan beberapa perkhidmatan spa dan urutan refleksiologi yang sangat bagus dan berkualiti kepada setiap pelanggan yang membolehkan pelanggan menerima dengan harga yang berpatutan.
Misi
- Memberikan Perkhidmatan yang Berkualiti Tinggi: Kami akan menyediakan perkhidmatan spa dan urutan dengan standard professional yang tinggi, serta menggunakan produk dan teknik yang terkini dipelajari untuk memastikan kepuasan pelanggan.
- Mengutamakan Kesihatan dan Keselamatan: Mengamalkan penjagaan kebersihan dan keselamatan yang ketat bagi melindungi kesihatan setiap pelanggan dan pekerja, serta menyediakan persekitaran yang baik, bersih dan selamat.
- Mempromosikan kesejahteraan dan kecantikan: Membantu pelanggan mencapai kesejahteraan fizikal dan juga mental, serta meningkatkan terapi kecantikan semula jadi pelanggan melalui rawatan-rawatan yang bersesuaian mengikut keperluan setiap individu.
- Menciptakan Pengalaman yang Menyenangkan: Menawarkan pengalaman spa dan urutan yang terbaik, selesa dan menyenangkan dengan suasana yang mesra pelanggan.
- Memberi Komitmen kepada Pembangunan Kerjaya Pekerja: Melabur dalam latihan yang berterusan kepada kakitangan kami bagi memastikan mereka sentiasa berpengetahuan tinggi dan mahir dengan teknologi-teknologi digunakan serta teknik-teknik urutan terkini yang digunapakai dalam industri spa urutan dan terapi.
Visi
- Menjadi pusat spa urutan kecantikan yang mempunyai kesejahteraan yg terunggul dan diiktiraf kerana komitmen kami dalam memberikan pengalaman spa yang terbaik dan menyegarkan, juga turut mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan setiap pelanggan yang datang.